? ??????????????Punk Skulls? ????? ?? ???Rating: 4.8 (109 Ratings)??1808 Grabs Today. 28938 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????7?? ?????????????????????????????????????Light Show? ????? ?? ???Rating: 4.5 (40 Ratings)??1782 Grabs Today. 47542 Total Grabs. ??????Preview BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday 15 December 2010

Program Cuti Sekolah

Salam 1 Malaysia,

Cuti Persekolahan telah pun berlangsung selama lebih kurang 2 minggu. Macam-macam kerenah yang saya dapat saksikan di Telecenter ini. Ada yang datang untuk melihat keputusan on-line untuk kemasukan ke asrama, ke Universiti, Ke maktab dan sebagainya. Tak kurang juga yang datang untuk update status facebook masing2. Begini lah trend sekarang, masing-masing sibuk untuk untuk mengemaskini status facebook, twitter , myspace dan pelbagai lagi akaun social network masing2.
Program cuti sekolah di Telecenter Tambak Sebelong - lebih kepada program santai. Tiada program pembelajaran secara langsung. Sambil mereka "surf internet" sambil itu saya akan mengajar mereka menggunakan peralatan komputer. Sambil itu juga saya memperkenalkan juga laman web yang bermanfaat kepada mereka.
Akhir kata, semoga majulah TC ku ini!

Friday 5 February 2010

Azam Baru...

Salam semua,

Dah lamanya saya tak update blog ni.

Sebenarnya saya agak kecewa dgn beberapa pihak yg tdk memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada saya. Walau bagaimanapun , saya terpaksa juga mengambil inisiatif sendiri untuk menjayakan progrom telecenter ini.

Saya kini dalam proses untuk mencantikkan telecenter ini juga dalam proses utk menambah beberapa kelengkapan yang belum ada seperti white board, meja utk pengurus dan sebagainya. Saya akan fikirkan bagaimana utk mendptkan peruntukan memandang hasil TC ini tidak mencukupi.

Langkah yang paling penting skrg adalah promosi!!

JOM PROMOSI TELECENTER KITA!!!!!

Thursday 17 September 2009

Raya Dah Dekat

Salam ,

Hari Raya Aidilfitri semakin menjelma...tak sabar beraya bersama keluarga tersayang.
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin .

TC Tambak Sebelong akan mula beroperasi pada 28/9/2009 Insya-Allah.

Wednesday 9 September 2009

Ohhh Telecenterku

Salam to all,

Hari ni dah hampir sebulan saya di tc tambak sebelong ..dukacita sesangat sebab masih tidak beroperasi lagi!! Frust betul bila dengan tc org lain dah jana pendapatan...

Segala kelengkapan komputer masih belum dipasang sepenuhnya...cuma ada pc saja. Line internet, printer dan scanner belum lagi disambungkan ke pc. Update ini saya buat dr notebook peribadi saya (hadiah dr seseorg)....

Saya dpt call dr sykt bless kata nak dtg ari ni...i'm still waiting. Harapnya tc saya dpt beroperasi secepat yg mungkin!!!!

Monday 17 August 2009

Selamat Datang Ke Telecenter Tambak Sebelong


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Syukur ke hadrat Allah SWT , setelah kian lama dalam penantian akhirnya pada 5hb Ogos tahun 2009 saya telah mendapat panggilan untuk melapor diri sebagai Pengurus salah sebuah telecenter di melaka bandaraya bersejarah ini iaitu Telecenter Tambak Sebelong.


Saya amat mengharapkan kerjasama daripada penduduk Kg. Tambak Sebelong.Harapan saya semoga saya dapat membantu penduduk kg. Tambak Sebelong untuk celik IT.


Segala pertanyaan berhubung telecenter sila hubungi saya Puan Fieda di talian 016-9672493.


Selamat Maju Jaya!